Portal berita terbaik anda

Utama

Siaran TV analog akan ditamatkan penghujung Mac 2019

Perancangan untuk menamatkan siaran televisyen analog telah dibincangkan sejak beberapa tahun lepas, dan ia sepatutnya selesai pada 30 Jun lepas.

Namun, kerajaan terpaksa menangguhkan penamatan siaran analaog ini sekali lagi kerana prosesnya belum selesai.

Menerusi laporan The Edge pada 31 Disember lalu, satu tarikh baharu telah dikeluarkan iaitu pada penghujung Mac 2019 iaitu seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Dengan peralihan ini, kita akan melihat penggunaan siaran digital sepenuhnya yang mana membawa kepada beberapa kelebihan antaranya sokongan saluran yang lebih banyak termasuklah saluran interaktif serta aparan pada resolusi lebih tinggi berbanding sekarang.

Sehubungan itu, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan mengedarkan sekitar 1.5 juta dekoder kepada penerima secara berperingkat bermula bulan ini.

Penerima dipilih daripada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), dengan keutamaan diberikan kepada kumpulan berpendapatan terendah.

Dengan peralihan ini juga, ia akan membolehkan gelombang yang digunakan untuk tujuan siaran analog ini dikosongkan dan digunakan oleh syarikat telekomunikasi untuk menyediakan dan menambah-baik perkhidmatan mereka.

Loading...

Leave a Reply