Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Siar iklan daging babi, MAS akhirnya mohon maaf

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) hari ini tampil memohon maaf sekiranya promosi makanan yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu, Going Places keluaran Januari 2019 menyinggung perasaan orang ramai.

MAS dalam kenyataan berkata, sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa, pihaknya menyediakan perkhidmatan penerbangan ke destinasi antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai jenis penumpang.

“Dalam iklan majalah, Going Places edisi Januari lalu memaparkan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai sebahagian daripada menu mereka.

“Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidup lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makan kepada penumpang daripada seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penumpang,” katanya di sini hari ini.

Iklan mempromosi makanan dan gambar yang didakwa daging babi itu diterbitkan dalam majalah tersebut menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén