‘Siapa yang perlukan bantuan kewangan boleh DM’ – Rizalman bantu mereka yang kesulitan nak beli makanan

Tidak dinafikan, mungkin ada antara kita yang cukup terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.

Ini kerana, sepanjang tempoh PKP, banyak larangan yang perlu dipatuhi termasuklah menghentikan segala bentuk perniagaan dan perkhidmatan yang bukan dalam kategori keperluan utama.

Semuanya itu dilakukan demi menghentikan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

Selain beberapa bentuk bantuan yang diberikan kerajaan, sebenarnya ramai juga masyarakat yang berada dalam kelompok hartawan cuba membantu sedaya upaya mereka yang benar-benar memerlukan.

Begitu juga yang dilakukan oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman dalam meringankan beban insan-insan yang mungkin kurang bernasib baik.

Rizalman menerusi posting terbarunya di Instagram memaklumkan mana-mana individu yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghubunginya secara terus.

Bahkan, beliau juga turut meminta mana-mana individu yang mengetahui mana-mana keluarga yang kurang bernasib baik untuk menyampaikan bantuan daripadanya.

“Sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan, boleh DM (mesej peribadi) berkali-kali (sekiranya saya mampu melihat DM tersebut) bagi menyambung kelangsungan untuk membeli makanan di saat getir ini.

“Ataupun anda mengenali mana-mana keluarga serta individu yang memerlukan, sila tolong saya hulurkan pada mereka.

“Duit ini adalah daripada zakat saya pada tahun ini,” kongsinya yang turut meminta pihak berkenaan menyertakan nama penuh berserta maklumat akaun bank.

 

View this post on Instagram

 

#RIzakat #lebiutu

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Tindakan Rizalman yang bermurah hati itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar Rizalman terus dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan dari-Nya.

“Terima kasih Datuk. Semoga Allah limpahkan rezeki dan berikan kesihatan buat Datuk sekeluarga.

“Moga Allah balas jasa baik Datuk.

“Harapnya janganlah ambil kesempatan ya, kalau boleh yang betul-betul susah,” komen sebahagian netizen.

Loading...

2 Comments

  1. Haniza johari June 5, 2020
  2. Haniza Nur bye johari June 5, 2020

Leave a Reply