Portal berita terbaik anda

Hiburan

Sharifah Amani persoalkan tindakan polis reman Patrick Teoh

Siapa yang tak kenal dengan pelakon comel dan berbakat, Sharifah Amani. Kelantangannya bersuara di laman twitter membuatkan dirinya sering mendapat perhatian netizen.

Sharifah Amani yang mesra disapa Nani baru-baru ini meluahkan rasa terkilan terhadap penangkapan selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh.

Pelakon berusia 34 tahun ini berkata, pada usia warga emas, Patrick tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.

Nani turut mempersoalkan mengapa pihak polis mengambilnya keluar dari rumah yang sudah tentu selamat dari pandemi Covid-19.

Terdahulu, Patrick di reman atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

Walaubagaimanapun, menurut Harian Metro, Patrick dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman lima hari berakhir hari ini.

Loading...

Leave a Reply