Shafie Apdal lantik Joanna Sue sebagai setiausaha politik

0
373

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah melantik 19 setiausaha politik baru termasuk bekas ratu cantik Sabah, Joanna Sue Henley Rampas, menurut laporan The Star.

Shafie memberi amaran kepada mereka supaya menentang amalan rasuah.

Katanya, beliau tidak mahu mereka memikirkan tentang projek serta wang dan melupakan keperluan rakyat.

“Jangan lupa kerja ini adalah demi rakyat dan anda adalah penghubung antara kerajaan dan rakyat,” katanya.

Beliau menambah lagi, jika mereka dilihat memiliki kereta mewah, ia akan membayangkan prestasi mereka.

Joanna Sue dilantik sebagai setiausaha politik kepada Shafie di bawah Kementerian Kewangan negeri Sabah.

Pada PRU ke 14 lepas, Joanne bertanding di bawah Parti Warisan di kerusi DUN Kiulu tetapi tewas di tangan calon PBS, Joniston yang mendapat 4336 undi manakala beliau mendapat undi kedua terbanyak dengan 2893 undi.

Menurut The Coverage, Joanna mula menjadi buah mulut apabila beliau memenangi pertandingan ratu Kadazan, Unduk Ngadau 10 tahun lepas. Beliau juga merupakan graduan ijazah undang-undang dari United Kingdom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here