Portal berita terbaik anda

Utama

Nahas Lion Air: Serpihan pesawat ditemui di perairan Kerawang

JAKARTA – Serpihan pesawat yang dipercayai milik penerbangan Lion Air JT-610 ditemukan di perairan Karawang, Jawa Barat.

Serpihan itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Portal Detik.com melaporkan, antara barang-barang ditemukan antaranya jeket kesemalatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit.

Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pankal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply