Portal berita terbaik anda

Viral

Sengaja halang laluan, penunggang basikal terima padah

SINGAPURA – Seorang penunggang basikal menerima padah akibat daripada tindakan biadapnya yang menghalang laluan sebuah lori apabila dia dihimpit oleh lori tersebut, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Pasir Ris, di sini, mangsa telah dihimpit oleh lori tersebut sehingga terbabas di tepi jalan.

Menerusi rakaman video daripada sebuah kenderaan lain, mangsa sebelum itu sedang berbasikal bersama seorang lagi rakannya.

Pada ketika itu, datang sebuah lori dari arah belakang dan mahu memotong kedua-dua penunggang basikal itu tetapi dihalang oleh mangsa.

Keadaan itu berlaku sehingga ke hentian lampu isyarat dan ia berterusan selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Mangsa juga bertindak lebih kurang ajar apabila melempar botol ke arah cermin lori tersebut menyebabkan pemandunya berang lalu menghimpit mangsa.

Mangsa yang terbabas mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Loading...

Leave a Reply