Portal berita terbaik anda

Utama

Selipar ‘mesra Muslim’ bukan dianggap tunggang agama – Ustazah Asma Harun

Berikutan kontroversi sebuah jenama sandal yang menggunakan perkataan ‘Muslim friendly’ atau ‘mesra Muslim’, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tampil memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan mStar Online, beliau berkata ia menjadi kecoh hanya bersifat salah faham selain bergantung kepada kefahaman masing-masing.

“Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.

“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stokin,” katanya.

Sebelum ini, netizen menyifatkan kolaborasi jenama tersebut dengan aplikasi Islamik oleh selebriti popular Neelofa sekadar mahu meraih keuntungan semata-mata atas nama agama.

Selain itu, Asma turut memberi pesanan kepada golongan selebriti agar lebih bertanggungjawab dengan semua perkara yang dimuat naik di media sosial bagi mengelak sebarang salah faham.

“Allah bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan.

“Apabila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak daripada negatif, teruskan. Tapi apabila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita.

“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply