Selepas Klang dilanda ribut semalam, hari ini banjir di Puchong

KUALA LUMPUR – Hujan lebat kira-kira pukul 4 petang tadi menyebabkan laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong di hadapan Kompleks Beli-Belah IoI Puchong dekat sini terjejas berikutan banjir kilat yang berlaku ketika ini.

Menurut seorang pemilik akaun Twitter, Syafiqaghafar, banjir tersebut berlaku dihadapan kompleks beli-belah itu menyebabkan ratusan kenderaan yang menghala ke bandar Puchong tersekat.

“Jalan dari IoI Puchong Mall sampai ke pusat bandar Puchong tersekat. banjir teruk. hati hati semua @plustrafik,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *