Portal berita terbaik anda

Utama

Selepas Faizal Tahir, video masakan Khairul Amin tampilkan Siti Nurhaliza

VIDEO masakan selebriti media sosial Khairul Amin pastinya ditunggu peminat setiap hari terutamanya bulan Ramadan.

Menampilkan menu berbeza setiap hari sepanjang puasa, Khairul yang menggunakan nama Khairulaming kali ini menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Penyanyi nombor satu negara itu diundang sebagai suara latar dalam video resepi ‘Cheesecake Tanpa Guna Oven’.

Video yang dimuat naik sejak tengah hari tadi ditonton lebih 100,000 kali di Twitter, diulang siar lebih 18,000 kali dan mendapat lebih 23,000 tanda ‘suka’.

Rata-ratanya terhibur dengan kelunakan suara Siti Nurhaliza menjelaskan bahan-bahan untuk resepi pencuci mulut.

“Tokti sebut esen vanilla pun sedap untuk didengari,” catat teeq.

“Rasa kejap sangat sebab bahan mudah, tetapi sangat sedap didengar, bukan biasa. Teruja,” catat pewincess.

Khairul, nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 28, sering tampil dengan video masakan ringkas ala bujang sejak dua tahun lalu dan kini sudah mengumpul 2.5 juta pengikut di Instagram.

Sebelum ini videonya menampilkan penyanyi Faizal Tahir dengan respi ayam ‘buttermilk’.

Loading...

Leave a Reply