Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Seksi itu adalah diri saya’ – Tasha Shilla

Pelakon Tasha Shilla menjelaskan dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila masyarakat melabelnya sebagai simbol seks hanya kerana pemakaiannya yang mencolok mata.

Kata Shilla, dia tidak dapat menghalang cakap-cakap negatif tentang dirinya malah sudah terbiasa dengan situasi itu.

“Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu.

“Bukan semua orang sukakan saya… Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak hiraukan apa juga yang orang hendak kata dan lebih baik saya fokus kepada matlamat saya dalam bidang seni.

“Perkara remeh-temeh seperti ini tidak lagi menarik perhatian saya kerana ada perkara lebih penting untuk saya fikir,” katanya.

Dalam pada itu, Tasha mengakui dia masih berpenampilan seksi kerana ia adalah dirinya yang sebenar.

“Saya masih lagi berpakaian seksi… saya tetap diri saya dan kalau saya hendak pakai skirt, saya akan pakai.

“Namun tidaklah sampai tak kena tempat hendak seksi dan apa yang saya gayakan ikut kesesuaian dan ‘mood’,” katanya.

Loading...

2 Comments

  1. Mash

    Tasha Shilla…semoga Allah mmberi hidayah pd kamu….ingatlah …wanita lah yg paling ramai di dlm neraka…janji Allah itu pasti….kata2 di dlm AlQuran tetap.sama sehingga tamatnya tiupan sangkala..takut lh azab Allah…

  2. Ramlighazali

    Perasan lawau bebenau..lakon drama ntah apa2 terasa mcm bntg holliwood..podahh

Leave a Reply