Sekarang semua orang rindu dengan Najib

PERKONGSIAN momen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat ketika menyantuni mereka di Pasar Muhibbah Taman Nirwana Ampang, Shah Alam hari ini, di laman Facebook rasminya, menarik perhatian ramai netizen.

Yang menariknya, momen gambar yang menunjukkan Najib dipeluk erat oleh seorang lelaki berusia menerima komentar netizen yang nyata terkesan dengan perkongsian gambar tersebut.

“Satu kerinduan rakyat kepada bekas Perdana Menteri yang banyak jasa,” demikian respon Joyah Lejen.

Kata, Zadariah Ismail pula ,”Dulu dia dibenci dihina sekarang di sayang yang benar tetap benar janji ALLAH itu pasti ada”.

Manakala menurut, Sakina pula berkata, gambar itu menzahirkan sesuatu yang sungguh membahagiakan.

“Amboi, Tok yang pakai kopiah putih itu nampak ‘happy gila’,” katanya.

Sementara itu menurut, Zailani Ahmad pula berkata, “Allahuakbar, masa yang terluang diisi dengan bertemu rakyat, Datuk Seri Najib Razak orang yang hebat,”.

Manakala menurut Fatimah Ibrahim pula berkata, momen itu sebagai satu bukti rakyat rindu kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Bukti rakyat rindu,” katanya.

Pagi tadi Najib meluangkan masa melawat pasar itu kira-kira sejam.

Beliau yang tiba di Pasar Muhibbah itu kira-kira pada jam 9 pagi disambut oleh penduduk tempatan yang sedang bersarapan di situ.

Dalam lawatan itu Najib mengambil sama lebih kurang sepuluh minit untuk berswafoto dengan penduduk dan peniaga di situ.

Selepas itu, Najib bersarapan bersama-sama dengan penduduk Taman Nirwana sambil menikmati hidangan nasi lemak dan kuih-muih.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *