Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Sekarang saya tiada apa-apa’ – Kereta ditarik keluarga arwah, balu Abam terpaksa naik Grab?

Semalam kecoh di media sosial apabila adik arwah Abam Bocey, Ali Puteh memuat naik posting di Instagram menuduh kakak iparnya mengejar harta peninggalan abangnya.

Isu ini berpunca dari video live Facebook Aliff Shukri menemuramah Hidayah dan bertanyakan soalan-soalan provokasi berkaitan harta milik arwah suaminya.

Menurut mStar, dalam temubual tersebut, Aliff pada awalnya hanya bertanyakan tentang apa perancangannya untuk teruskan kehidupannya dan dia menjawab akan meneruskan perniagaan bapanya.

Kemudian, pembantu Aliff Shukri bertanya, bagaimana Hidayah mahu meneruskan perniagaan kerana dengar cerita yang kereta wanita ini telah ditarik?

“Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi…” jawab Hidayah.

Aliff Shukri kemudiannya mula bertanyakan tentang harta wasiat Abam. Ini antara perbualan mereka:

Aliff: Khabarnya arwah seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya?”

Hidayah: Saya tak tahu. Belah sana uruskan. Sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja.”

Ekoran dari video dari Aliff Shukri ini, ramai pihak yang tertanya-tanya apakah nasib yang bakal menimpa balu arwah Abam dan anaknya ini?

Ada juga yang mempersoalkan kenyataan Ali beberapa hari lalu mengatakan yang dia akan cuba menguruskan harta arwah abangnya itu seadil mungkin.

Posting yang dimuat naik oleh Ali Putih mengecam kakak iparnya itu telah pun dipadam selepas mendapat kritikan oleh netizen dan nasihat selebriti meminta dia untuk tidak bawa perkara ini ke media sosial.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén