Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya tak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah’ – Ustaz Abu Syafiq

Masih hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan kerja khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew telah mendapat tentangan beberapa pihak.

Antara nama yang sering dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara ust Ebit Lew berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan.

Bagaimanapun, Ustaz Abu Syafiq dalam satu temubual telefon oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, telah menjelaskan segala isu yang berbangkit kini.

Menurut Ustaz Abu Syafiq, kenyataan awalnya berkenaan menjaga aib orang miskin sebenarnya tidak ditujukan khusus kepada Ustaz Ebit Lew.

“Saya larang kalau sehingga mengaibkan orang tu,” katanya.

Namun, disebabkan kenyataan itu berpadanan dengan aktiviti kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit, membuatkan ramai mula menyangka bahawa status tersebut di buat untuk pendakwah tersebut.

“Kenyataan saya tiada kaitan pun dengan Ebit Lew sebelum ini…saya tidak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia,” katanya.

Akan tetapi selepas isu itu mula tular, pendakwah tersebut terus membincangkan mengenai soal cara perkongsian ustaz Ebit mengenai golongan yang menerima sumbangan dirasakan tidak menjaga aib.

Justeru, apabila ditanya mengenai permohonan maaf, Ustaz Abu Syafiq menyatakan ia bukanlah keperluan untuk kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah,” katanya.

Diharapkan, perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa perlu ada permusuhan, kerana di bulan yang mulia ini tiada salahnya untuk saling bermaafan.

Loading...

2 Comments

  1. Mazlan Othman

    Saya nak tanya ustaz yang banyak buat komen ni. Apa sumbangan dia sebagai ahli ugama ? atau sebagi seorang insan. Kalau tak mahu kisah orang susah tu di bangkitkan kerana nak tutup aib konon, lakukan sesuatu supaya orang yang miskin daif ni di bela.
    Jangan pandai komen aje. Cakap tak serba bikin. Kalau rasa diri bolih melakukan yang lebih baik dari Ustaz Ebit Liew sila lakukan Ustaz. Jangan pandai melalak je.

    • Jai

      Sya sokong…jgn nk tunding kn jari pda org..buat ni x kena,buat tu x kena..mcm iri hati pn ada..spatutnya kita brshukur ada org sprti beliau yg dpat membela nsib dan memberi bntuan kpada golongan yg memrlukn tnpa mngira bngsa ..itu lah amanh dri allah…

Leave a Reply