‘Saya rela dipenjara demi masa depan rakyat’ – Ellie Suriaty

0
1401

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar baru baru ini menjadi perhatian ramai apabila beliau menjadi salah seorang yang bersuara lantang dalam memperjuangkan hak dan kebebasan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, beliau kini mahu dikenali sebagai aktivis politik dan tekad dengan perjuangannya menyokong parti UMNO dalam membela nasib generasi akan datang.

“Tidak ada sesiapa yang boleh menghentikan perjuangan ini dan saya sedia dipenjarakan jika dianggap sebagai satu ancaman,” ujarnya.

“Ada yang tuduh saya terjerit-jerit itu hanyalah lakonan saya, itu tuduhan biadab! Hanya kerana saya seorang anak seni, saya diminta berdiam dan dicemuh kerana hak saya bersuara? Sepatutnya mereka tanya kenapa saya marah? Takkan saya nak marah saja-saja”

“Untuk membangkitkan perasaan rakyat, boleh ke bercakap seperti dalam kelambu?,” ujarnya sebagai komen balas kepada mereka yang menganggap tindakan beliau selama ini sebagai tidak waras.

Ellie Suriaty turut mengatakan yang beliau setakat ini belum digam oleh mana mana pihak namun tidak terkejut jika tiada sesiapa yang mahu memanggilnya untuk bekerja selepas ini — demi perjuangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here