Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya nak bertudung tapi suami larang’ – Siti Hasmah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan bahawa hasratnya untuk memakai tudung dilarang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika diajukan soalan berhubung kebebasan wanita bertudung untuk bekerjaya, Siti Hasmah menjawab: “Soalan itu ditanyakan kepada orang yang salah”.

Katanya, dari dahulu hingga sekarang beliau tidak bertudung kerana dilarang oleh Dr Mahathir.

“Bila kita bertudung, kita mesti minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin selepas balik dari Makkah, naklah ambil berkat pakai tudung… sampai beliau (Dr Mahathir) palingkan mukanya,” katanya dalam rakaman video yang disiarkan Kinitv, hari ini.

Menyentuh mengenai isu wanita bertudung dihalang berada di kaunter depan hotel, Siti Hasmah berkata, ia terpulang kepada individu berkenaan sama ada mahukan pekerjaan itu atau tidak.

“Hotel mempunyai undang-undang dan peraturan…dan mahu menjaga perusahaan mereka seperti tempat lain.

“Kalau dalam hotel itu ramai pelancong atau orang luar dan bila tengok orang bertudung, mereka mempunyai perasaan yang lain.

“Mungkin dalam sesuatu negara, ada perkara yang berlaku dengan orang pakai tudung, seperti di Eropah…tengok macam Perancis,” katanya.

Loading...

1 Comment

  1. zainab abdul manap

    Xpe la cik mah. Shuben kamu tu suka kamubegitu.

    Baidewey , kamu try la guna yun nam hair care.
    Pasti lg boom boom rambut kamu.

    Klau kamu mau , nnti cik nab sruh si bustamam antar kat kamu.
    Ok lah cik mah.
    Cik nab nk gi kutip telur angsa jap.
    Nnti kita rojer2 lg dehh.

Leave a Reply