Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya minta maaf, saya hanya copy paste’ – Izuddin Harith

SEORANG individu memohon maaf kerana menyebarkan maklumat berhubung berhubung insiden kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi yang mengakibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia, petang kelmarin.

Izuddin Harith dipercayai meninggalkan komen berhubung kejadian tersebut di Facebook sehingga mengganggu siasatan pihak polis.

Katanya, dia bukanlah saksi kejadian dan komen itu diambil dari individu yang komen sebelumnya selepas seorang netizen bertanya mengenai kronologikejadian tersebut.

“Assalamuaikum wbt. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya bukan saksi kejadian. Saya tidak tahu ada yang screenshot komen saya ini dan sebarkan.

Sebenarnya statement saya ini saya copy paste dari pengomen sebelum saya kerana ramai yang tanya kronologi kejadian. Jadi, semasa saya scroll komen-komen saya jumpa ada yang cerita kronologi.

Saya copy paste dan share di page tersebut. Hakikatnya, saya tiada di tempat kejadian. Saya memohon maaf atas salah faham statemnt saya disini, tulisnya.

Terdahulu, PDRM menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu berhubung insiden tersebut di rangkaian komunikasi dan platform media sosial.

Malah, turut dikesan usaha sesetengah pihak memanipulasi insiden tersebut bagi membangkitkan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam di negara ini.

PDRM juga menasihatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan rangkaian komunikasi yang boleh memecahbelahkan serta mengganggu gugat perpaduan antara kaum, lantas menjurus kepada polemik perkauman dan keagamaan.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén