‘Saya memang pencuri..pencuri hati rakyat’ – Najib

SEMENYIH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai pencuri hati rakyat dan bukannya ‘pencuriku’ seperti yang digelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya memang pencuri..pencuri hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan dan beramah mesra bersama penduduk di Tesco Semenyih di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 500 penduduk Semenyih menyambut kedatangan Najib bersama rombongannya dengan melaungkan slogan ‘malu apa bossku’ sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin tersebut.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kehadirannya ke Semenyih atas permintaan pemimpin tempatan UMNO untuk membuat tinjauan selain membeli-belah barangan dapur di sana.

“Saya tidak sangka sambutan yang diberikan penduduk begitu luar biasa, ini menunjukkan mereka mahu mendekati saya sebagai seorang pemimpin.

“Mudah-mudahan sokongan yang diberikan malam ini diterjemahkan dalam bentuk undi nanti,” ujarnya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *