Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Selepas kes Zulfarhan, seorang lagi penuntut UPNM ‘hilang nyawa’ dibuli senior?

Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri bagi kes membabitkan kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Azman Abdullah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan.

Kes tersebut mendapat liputan meluas media tempatan serta menjadi bualan pengguna media sosial tempatan dan antarabangsa yang rata-rata mempersoalkan tahap kesihatan mental masyarakat khususnya golongan muda di negara ini.

Selepas kes yang menimpa Zulfarhan, tular satu lagi kes buli dan bunuh melibatkan pelajar UPNM di media sosial.

Tanggung derita lebih setahun atas kematian adik

Perkara itu telah dijelaskan menerusi satu perkongsian di Facebook milik seorang gadis yang mengaku sebagai kakak kepada mangsa.

Menurut Norzulaikha Othman, dia terpanggil untuk mendedahkan perkara tersebut selepas setahun memendam perasaan agar kematian adiknya, Amirul Nashriq mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Kes sama berulang di UPNM

Didakwa hilang nyawa kerana lemas

Banyak keraguan

Menerusi perkongsian tersebut juga, Norzulaikha turut menjawab beberapa soalan yang kerap kali diterimanya berhubung kematian Amirul Nashriq.

Tambahnya lagi, pihak keluarga sangat berharap agar mana-mana pihak yang terlibat mampu tampil untuk membantu siasatan kerana setakat ini belum ada sebarang bukti yang kukuh.

Terdahulu, gambar seorang pelajar UPNM yang didakwa telah meninggal dunia kerana lemas selepas dibawa pergi berkelah oleh beberapa orang rakannya telah tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Namun begitu, komen di gambar tersebut telah mengundang seribu satu pertanyaan apabila individu tersebut memberitahu bahawa Amirul Nashriq sebenarnya dipukul hingga cedera serta pihak UPNM telah menghantar barangan peribadi mangsa dalam keadaan tidak lengkap selepas pemergian arwah.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén