Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya fikir bendera terbalik ini orang buat lawak jer…’ – Aziz Bari

IPOH – Exco kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Perak itu menganggap isu berkenaan sebagai kecil dan terpencil, tetapi menjadi panas apabila disebarkan menerusi media sosial.

“Benda ni terlalu mudah ataupun cepat disebarkan, cuma setahu saya tak ada kesalahan. Ada undang-undang ke yang menyatakan salah pasang bendera terbalik?

“Kadang-kadang kalau tersilap, terlepas pandang, jangan kata ini perbuatan tidak patriotik, anti itu dan ini. Saya fikir bendera terbalik ini orang buat lawak jer… apanya nak dikatakan tidak patriotik, apa ni, kita dalam Malaysia Baharu lebih ‘open’ dan terbuka,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya jangan memainkan isu yang remeh sehingga ia menjadi isu agama dan perkauman.

“Jangan anggap benda yang kecil, yang remeh tu, kita mainkan, kita bagi konteks lain, (seperti) konteks kaum, konteks agama. Jadi tak baguslah,” katanya.

Abdul Aziz ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta wakil-wakil Persatuan Pendidikan di Ipoh Pada Khamis.

Katanya, setakat ini, belum ada laporan bendera Malaysia itu dipasang terbalik di sekolah-sekolah di negeri Perak.

Loading...

Leave a Reply