Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya dituduh nusyuz tanpa sebab munasabah’ – Fatin dakwa dizalimi Da’i Farhan

Segala spekulasi pendedahan oleh seorang peguam mengenai rumah tangga Da’i Nik Farhan akhirnya terjawab apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain dengan talak satu, semalam.

Sebentar tadi menerusi Facebook, Fatin Nur Ain tampil menjelaskan segala kekusutan berlaku serta luahan hatinya tentang apa yang melanda rumah tangganya serta segala dakwaan yang telah didedahkan oleh seorang peguam sebelum ini.

Menerusi kenyataan itu, Fatin mengesahkan rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu berakhir dengan talak satu melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.

Menurut Fatin, kenyataanya itu bukan untuk menagih simpati namun untuk mempertahankan maruahnya dan keluarga apabila didakwa diceraikan kerana nusyuz.

“Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.

“Tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fatin menjelaskan mengenai laporan polis yang dibuat berikutan dia merasakan diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan dia membuat laporan polis atas nasihat ahli keluarga.

Fatin berkata dia menerima apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah dan mahu fokus dengan kehidupannya di masa mendatang. Dalam catatan tersebut, Fatin turut mendoakan agar bekas suaminya dan isteri barunya bahagia selamanya.

“Hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.

“Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya,” katanya.

Terdahulu, Da’i Farhan mengaku sudah pun menceraikan isteri pertamanya itu menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp tengah hari semalam. Bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén