‘Saya boleh jadi anjing awak’ – Nabila Razali

Baru-baru ini, pihak Samsung Malaysia telah mengadakan majlis E! Samsung Galaxy Party bagi memperkenalkan duta baharu telefon pintar berkenaan, penyanyi Haqiem Rusli.

Dua-duta terdahulu iaitu Nabila Razali dan Ismail Izzani turut hadir bagi memeriahkan majlis serta kemunculan istimewa bekas peserta program realiti, Britain’s Got Talent, Calum Scott.

Bagi Nabila, dia amat bertuah kerana diberi peluang untuk menemubual penyanyi lagu You Are The Reason itu dengan bertanyakan beberapa soalan.

Walau bagaimanapun dalam nada berseloroh, Nabila dikatakan menawarkan dirinya untuk menjadi salah satu ‘haiwan’ setelah penyanyi berasal dari United Kingdom itu berhasrat ingin memelihara anjing pada masa akan datang.

“Saya boleh jadi anjing awak” – Nabila

Ish ishh! Mungkin Nabila tak sengaja untuk berkata sebegitu rupa atau terlalu teruja dapat bertentangan mata dengan penyanyi popular?

You might like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *