Portal berita terbaik anda

Politik

Saya akan berundur sekarang jika Majlis Presiden PH mahu – Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkehendakinya.

“Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.

“Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pagi ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai respons terhadap beberapa ahli parlimen PKR yang mencadangkan agar beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini.

Sebelum ini, perdana menteri berkata beliau akan menghormati janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Malaysia pada November.

Loading...

Leave a Reply