6 lagi jenama sardin disahkan ada cacing

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

“Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan risiko kepada kesihatan bagi produk ikan dalam tin amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Katanya Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. — BERNAMA

You might like

10 Comments

  1. Admin tolong removed gambar sardin dari brand yang tiada cacing seperti adabi dan ayam brand.

    Gambar diatas boleh menimbulkan salah faham. Sila bertindak segera.

    1. Betul tu.. jgn bg org konpius.. sy baru jer.rekemen kt mak ayam brand..alih2 admin letak pic cmni..sy yg suspen.

  2. jgn pakai gambar link seperti yang tertera.saya akan buat report kepada pihak management mengenai gambar link kamu.ada produk makanan yang tiada senarai KKM mengenai makanan tin bercacing.

  3. Kalau admin tak buat tindakan yang segera,saya akan buat report.saya berkerja dengan Syarikat Adabi.Jangan cuba tutup periuk nasi orang.

    1. Sardin brand King tu termasuk dalam 6 jenama yg ada cacing. Lepas ni boleh bertukar sama ada Adabi atau Ayam Brand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *