Sarawak perkenalkan cukai jualan produk petroleum 5 peratus

0
87

KUCHING – Sarawak akan mengenakan cukai jualan bagi produk petroleum sebanyak lima peratus berkuatkuasa pada 1 Januari hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, cukai jualan tersebut diperkenalkan setelah analisis dan pertimbangan teliti dibuat demi pembangunan negeri ini.

Katanya, cukai jualan itu dikenakan kepada produk petroleum iaitu minyak mentah, gas asli, cecair gas asli, baja berasaskan kimia dan gas kepada produk cecair.

“Hasil yang dijangkakan daripada cukai jualan ini berjumlah RM3.897 bilion dalam 2019.

“Cukai jualan ini adalah hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut perundangan bagi mempelbagaikan hasil merancak pembangunan Sarawak dalam mencapai visi negeri berpendapatan tinggi pada 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Abang Johari memberitahu, hasil tinggi yang dijangka daripada sumber pendapatan baharu sebagai alternatif dana.

“Ianya akan membantu menyokong kerajaan negeri melaksanakan projek dan program pembangunan major,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Sarawak akan terus menumpukan pembangunan luar bandar untuk merancakkan aktiviti ekonomi tahap tinggi.

“Cadangan bajet sebanyak RM9.073 bilion atau 76 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan manakala RM2.841 bilion (24 peratus) bagi perbelanjaan mengurus,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here