Sarat mengandung, Fiza dilayan bak puteri

0
281

Menanti kelahiran puteri ketiga pertengahan bulan depan, pelakon Fiza Halim bertuah mendapat suami ‘ringan tulang’ dan melakukan semua kerja rumah.

Bekas anggota kumpulan Elite itu memberitahu, suaminya, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus, memasak, membasuh baju dan membersihkan rumah setiap hari.

“Saya dilayan umpama tuan puteri hingga tak dibenarkan membuat kerja rumah. Suami sendiri yang melakukan semua kerja.

“Dialah yang memasak, membasuh dan menggosok baju… Pendek kata, semua perkara suami uruskan,” katanya.

Fiza dan Aizat yang juga duda anak dua, bernikah pada Disember 2016 dengan masing-masing memiliki anak daripada perkahwinan lalu.

Fiza memiliki dua puteri iaitu Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra manakala suaminya, dua anak lelaki.

Ditanya mengenai proses kehamilannya, Fiza berkata, dia tidak mengalami alahan teruk.

“Cuma pada tempoh tiga bulan terawal kehamilan, saya tak boleh makan… Asyik nak muntah saja.

“Namun, apa yang lucu, selepas fasa itu, saya lebih suka memakan sajian Barat hingga tidak langsung menjamah nasi.

“Tak tahulah kalau terkenan ‘Mat Salleh’ hingga hendak makan pun jadi begitu. Saya lebih suka makan spageti dan ayam panggang. Minuman panas pun saya tak sudi,” katanya sambil menambah doktor meramal dirinya bersalin pertengahan atau selewat-lewatnya akhir bulan depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here