Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Sarah Hildebrand dedah dihina bekas kekasih, dituduh oral seks dengan pengurus

SELEPAS sekian lama memendam rasa, pelakon Sarah Hildebrand akhirnya mendedahkan punca sebenar putus cinta dengan kekasihnya.

Sarah, 29, berkata sepanjang lima tahun menjalin hubungan, beliau bukan saja menderita dibuli dan dihina oleh pasangan, malah dituduh menghisap alat sulit pengurusnya sendiri.

“Saya didakwa mahukan populariti. Saya dituduh hisap kemaluan pengurus sendiri. Maaf saya bukan perempuan jalang,” tulisnya panjang lebar di Instagram semalam.

“Setiap wang yang saya terima datang dari sumber yang halal kerana saya bukan hanya cari makan untuk diri sendiri, malah untuk ibu saya. Saya tidak akan terima rezeki daripada duit haram.”

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu berkata kali terakhir bertengkar, bekas kekasih menyuruhnya “berambus”, menyebabkannya nekad mengambil keputusan angkat kaki.

Sarah, nama asal Nur Sarah Marie Hildebrand, menyatakan niatnya mendedahkan perkara ini supaya menjadi pengajaran buat orang lain.

“Jika seseorang itu tidak membuatkan kamu gembira, tinggalkan dia. Tak perlu beri apa-apa alasan melainkan sayangi diri sendiri terlebih dulu,” kata gadis kacukan Melayu-Amerika Syarikat-Jerman.

Walau tidak menamakan sesiapa, Sarah pada Februari lalu dilapor putus cinta dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén