Portal berita terbaik anda

Viral

Sanggup rentas daerah nak dating, pasangan kekasih menangis minta ‘paklong’ lepaskan

Tular di media sosial, video pasangan kekasih telah ditahan oleh anggota penguatkuasa kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP).

Namun, apa yang lebih mencuit hati apabila gadis itu dilihat cuba ‘merayu’ kepada anggota penguatkuasa supaya melepaskannya dan tidak mengenakan kompaun terhadapnya.

Difahamkan pasangan kekasih ini dipercayai telah merentas daerah dan berjumpa di Pantai Merdeka, Kedah.

Gadis itu membawa motosikalnya dari Kulim menuju ke Pantai Merdeka secara berseorangan manakala teman lelakinya datang bersama kawannya.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan tindakan gadis itu yang berulang kali memohon maaf ambil menangis agar tidak dikenakan sebarang tindakan ke atas mereka.

Hasil pemeriksaan juga mendapati gadis itu tidak membawa kad pengenalan bersamanya.

Apa yang melucukan, gadis itu sempat memuat naik satu video di laman TikTok yang menunjukkan mereka begitu teruja dapat bertemu mata antara satu sama lain.

Bagaimanapun, ia telah dipadamkan tidak lama selepas kejadian itu.

Video tersebut juga diletakkan lagu istimewa dan beberapa momen-momen mesra dan boomerang mereka berdua. Itulah orang cakap, malang tidak berbau kan?

Sumber: Twitter

Loading...

Leave a Reply