Kongsi ilmu hingga hujung nyawa, peguam hartanah terkenal Salkukhairi Abd Sukor meninggal dunia

PEGUAM terkenal, Salkukhairi Abd Sukor yang kerap berkongsi ilmu mengenai hartanah di media sosial dikhabarkan telah meninggal dunia, pagi tadi.

Berita pemergian arwah dimaklumkan sabahatnya, peguam Muhammad Syarafi menerusi Twitter sebentar tadi.

“Menerima perkhabaran Peguam Hartanah terkenal Tuan Salkhukhairi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Allahu. Orang baik-baik ni memang Allah ambil cepat je,” ciapnya.

Dalam ciapan yang sama, Muhammad Syarafi turut berkongsi sepotong hadis riwayat al-Bukhari yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan.”

Allahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya dan jenazahnya kini berada di hospital bagi urusan bedah siasat.

Pemergian Allahyarham secara tiba-tiba mengejutkan bukan sahaja ahli keluarga bahkan para netizen yang membaca tulisan beliau mengenai bidang hartanah.

Dalam perkongsian terakhirnya di Facebook, Allahyarham memaklumkan untuk berehat selama seminggu tetapi Allah memberikannya kerehatan buat selama-lamanya.

Al-Fatihah..

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *