Portal berita terbaik anda

Utama

Saleem Iklim koma, 12 tulang rusuk patah dalam kemalangan

PENYANYI kumpulan Iklim, Saleem, parah selepas 12 tulang rusuk patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga, petang semalam.

Dalam kejadian 3.20 petang itu, Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan

sebuah kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.

Akibat rempuhan itu, Saleem mengalami kecederaan serius sebelum dibantu pemandu kereta yang segera menghubungi 999 bagi mendapatkan bantuan ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kemalangan dipercayai akibat kecuaian Saleem.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai berlaku akibat kecuaian penyanyi itu menunggang yang menunggang motosikal dari arah Kajang tidak menggunakan lorong motosikal.

“Penyanyi itu yang menunggang motosikal Yamaha LC135 kemudian melanggar bahagian sisi kiri hadapan sebuah kereta Cherry dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun yang membelok masuk ke pejabat Grandsaga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penyanyi terbabit kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, isteri Saleem, Juriah@ Julia Bachok, berkata dia dimaklumkan oleh polis mengenai kemalangan yang menimpa suaminya pada jam 3.45 petang.

“Abang naik motor ke kedai berdekatan kediaman kami di Bandar Mahkota Cheras bagi membeli barang.

“Tak sangka tiba-tiba kejadian ini menimpanya, diharapkan semua peminat mendoakan agar keadaan Abang kembali pulih,” katanya.

Loading...

Leave a Reply