Sah anak Mat Sabu ditahan kerana ganja

151

POLIS menahan anak kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam satu operasi yang dijalanan di Jalan Ampang malam tadi selepas didapati positif dadah.

Sumber daripada jabatan narkotik balai polis Dang Wangi memberitahu Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun itu disahkan positif ganja selepas ditahan di sebuah premis hiburan kira-kira jam 12.30 tengah malam, lapor The Malaysian Insight.

Difahamkan lelaki itu bersama rakannya berusia 33 tahun sedang berhibur ketika operasi dijalankan.

Ujian saringan air kencing awal dilakukan terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia positif dadah jenis ganja.

Sumber berkata, seramai 101 individu membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki diperiksa.

“Lelaki terbabit kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk pemeriksaan lanjut dan ujian saringan kedua dijalankan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian juga sedang dijalankan,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insight

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here