Portal berita terbaik anda

Viral

‘Nak pancut muka pliss’ – Gadis terima komen lucah walaupun bertudung labuh

MARAH dan terkejut, begitulah reaksi seorang gadis sewaktu melihat komen lucah yang diterimanya di laman sosial.

Lebih menyedihkan, foto yang dimuat naik oleh Safiyya Ezzati bukanlah foto seksi, sebaliknya lengkap menutup aurat dengan mengenakan tudung labuh.

“Aku post gambar macam ni pun mampu menaikkan nafsu lelaki ?Aku tak kuat Ya Allah,” luah Safiyya di Twitter miiknya.

Nak pancut muka pliss

Menurut Safiyya, itu bukanlah kali pertama dia menerima komen-komen berbaur lucah, khususnya menerusi laman Instagram.

“Sebelum ni pun selalu kena juga. Kalau buat live Instagram pun mesti akan ada yang komen lucah.

“Rasa maruah macam dipijak, pernah sampai satu tahap rasa macam nak nyah aktif (deactive) akaun.

“Tapi saya ni berniaga, kenalah tonjolkan diri. Mungkin saya perlu cegah dengan cara kurangkan muat naik gambar,” ujar Safiya.

Lelaki sangap tak tahu malu!

Dalam pada itu, pendedahan Safiya telah menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 1,800 ulang kicau (Retweet).

Malah, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa marah dan jijik mereka atas perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan.

“Post lah gambar pakai niqab sekali pun, kalau dah nafsu binatang tu memang tak boleh buat apa,” tulis @naziruladlii.

“Yes, saya pun pernah kena. Rakan sekerja pulak tuh. Berlaku betul-betul depan saya… Saya tanya dia nak apa as penghargaan sebab dah tolong kerja saya dan tahu dia minta apa? “Nak tu” (dada) and i was like… terdiam.. Tak sangka dia macam tu,” kongsi seorang lagi pelayar Twitter.

Loading...

Leave a Reply