Netizen pelik Safiey Illias kena rasuk keluar suara ‘Doraemon’

0
379

Siapa yang tidak mengenali usahawan kosmetik Safiey Illias yang selalu mencetuskan kontroversi menerusi gambar dan video live di Instagramnya.

Baru-baru, Safiey telah memuat naik video dirinya menjerit seperti orang kena rasuk.

Namun apa yang menjadi persoalan netizen ialah, walaupun sedang ‘dirasuk’, Safiey tetap bersuara ‘kepit’.

Dalam video berdurasi 1 minit itu, Safiey kelihatan meracau dalam loghat Kelantan sambil ditenangkan oleh seorang lelaki bergelar ‘paklong’

Rata-ratanya pengikut laman sosial Safiey Illias mempertikaikan tentang kesahihan insiden yang menimpa usahawan itu. Ada yang beranggapan ia adalah sekadar strategi pemasaran dan video itu sekadar lakonan.

Keluar kau! Keluar!

Netizen mula mempertikaikan kelakuan usahawan itu yang dilihat seperti lakonan kerana dan suaranya yang bernada halus, sedangkan jika dirinya dirasuk kelakuan dan suara akan berubah memandangkan dia seorang lelaki.

Safiey Illias juga ada memuat naik sebuah lagi video di Instagramnya yang berasa terkilan apabila dikecam netizen yang mendakwanya sengaja inginkan perhatian. Safiey juga menjelaskan bahawa pasangannya Syah James juga gangguan yang sama dalam kapsyennya,

Awk boleh ckp2 . Tp nanti kena batang hidung baru tahu . Bukan stakat syinta yg kena , @syahjames01 pun kena . Tak apa biar org buat kita , one day Allah balas jangan sampai pakai pampers xleh jalan je bila benda makan diri ya . 3 bulan set alarm 1 rumah , 1 pagi berbunyi , bilik belakang ada pergerakan . Lepastu 3 pg berbunyi ruang tamu pulak . Jam 4 berbunyi lagi dkt tangga bawah pintu masuk .
.
Rumah syinta ni ada alarm . Lalat bergerak ke kipas bergerak ke pun berbunyi . Kalau ada haba dapur tak tutup pun berbunyi dan dia bg tahu zone mana yg tak tutup tingkap apa semua atau yg terbuka .
.
Tu pelik apa yg berlegar dalam rumah ni . Kucing dkt luar balkoni .

Sumber : IG Safiey Illias

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here