Safawi Rasid pemain paling bernilai 2018

0
229

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, menepati ramalan untuk dinobatkan Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018, secara tidak langsung mencipta sejarah muncul pemain paling muda pernah meraih anugerah tertinggi bola sepak negara itu.

Musim bola sepak negara 2018 melabuhkan tirai dengan malam kemuncak ABK.

Jika sebelum ini, kebanyakkan anugerah dimonopoli pasukan pasukan pilihan tetapi berlainan pula dengan edisi ke-13 ini apabila menyaksikan saingan yang lebih terbuka.

Kejayaan merangkul dua anugerah, bermula dengan Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan nyata beri kelebihan buat bintang Harimau Selatan itu untuk turut diangkat selaku Pemain Paling Bernilai berdasarkan sumbangan dan persembahan yang ditampilkan, bukan sahaja untuk pasukan dari selatan tanah air berkenaan, malah untuk skuad muda dan senior negara.

“Alhamdulillah saya memenangi anugerah malam ini.

“Saya berasa tercabar dengan pencabar saya iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Nor Azam Azih.

“Alhamdulillah menjadi rezeki saya pada malam ini dan saya berasa sangat gembira kerana turut memenangi Anugerah Pemain Tengah Terbaik,” kata Safawi.

Undian dilakukan menerusi pemilihan yang dilakukan jurulatih dan juga ketua pasukan.

Selain itu, kejayaan membawa The Bos Gaurus membawa kepada nama Mehmet Durakovic diumum selaku Jurulatih Terbaik ABK.

“Saya berasa rendah diri tetapi pada akhirnya, anugerah ini untuk para pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan termasuk seluruh peminat Malaysia dan keluarga saya.

“Terima kasih kepada anda semua,” kata Durakovic.

Senarai penuh pemenang ABK 2018:

Pemain Paling Bernilai: Safawi Rasid

Jurulatih Terbaik: Mehmet Durakovic

Pemain Tengah Terbaik: Safawi Rasid

Penyerang Terbaik: Akhyar Abdul Rashid

Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias

Pemain Muda Harapan: Safawi Rasid

Kasut Emas: Rufino Segovia

Laman Sesawang Terbaik: JDT

Media Sosial Terbaik: JDT

Mesra Media: Yusri Che Lah

Pemain Import Terbaik: Rufino Segovia

Kesebelasan Pilihan: Farizal Marlias, Rizal Ghazali, Shahrul Saad, Marcos Antonio, Kamal Azizi Zabri, Lee Tuck, Thierry Chanta Bin, Faiz Nasir, Safawi Rasid, Tchetche Kipre, Akhyar Rashid.

Pemain ASEAN Terbaik: Hariss Harun

Pemain Paling Popular: Lee Tuck

Penyokong Terbaik: JDT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here