Portal berita terbaik anda

Viral

‘Runner’ sedih pelanggan tak bayar, Whatsapp pula diblok lepas dapat barang

Khidmat ‘runner’ atau penghantar barangan semakin mendapat permintaan terutamanya di kawasan bandar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Mereka bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga pelanggan, tetapi menyenangkan tugas individu untuk membeli makanan atau barang dapur mahupun urusan lain.

Tetapi di sebalik tugas runner yang memudahkan urusan orang ramai, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah dengan sikap tidak bertanggungjawab pelanggan yang menipu.

Menerui perkongsian yang tular di media sosial, seorang runner menceritakan pengalamannya yang ditipu oleh seorang pelanggan wanita.

Wanita tersebut telah meminta runner berkenaan untuk membeli barangan dapur, kemudiannya dilihat telah menyekat nombor pemuda itu di aplikasi Whatsapp setelah menerima barangan yang dibeli.

Beli barang basah basah dan kering

Cari kedai lain, akak bayar lebih

Ya Allah, kena block ke ni?

Loading...

Leave a Reply