Portal berita terbaik anda

Viral

Rumah hangus dijilat api 2 hari sebelum majlis kahwin, pasangan ini redha terima ujian

Tidak dapat digambarkan betapa pilunya hati bakal pengantin ini apabila kesemua kelengkapan majlis perkahwinan hangus terbakar selepas rumah pengantin perempuan musnah dijilat api dua hari sebelum majlis itu berlangsung.

Majlis persandingan antara Hasmi Marina Zahari dan Amer Shariq bukan sahaja terpaksa dibatalkan, malah ibu Hasmi Marina terpaksa dikejarkan ke hospital akibat serangan sakit jantung.

Kejadian jam 12.40 tengah malam pada 29 November lalu itu turut menyebabkan 14 anggota keluarga Hasmi Marina yang lain kini tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dipercayai rakan kepada pasangan pengantin telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan Hasmi Marina bersama pasnagannya mengadakan sesi ‘photoshoot’ di lokasi kejadian hari ini.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata simpati dengan kejadian yang berlaku.

Netizen turut memuji ketabahan pasangan itu yang masih mampu mengukir senyuman walaupun baru sahaja ditimpa musibah.

Loading...

Leave a Reply