Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

R&R Gambang lengang dipercayai diboikot

HENTIAN rehat dan rawat (R&R) Gambang lengang berikutan insiden pemandu bas dipukul sekumpulan lelaki, Selasa lalu.

Beberapa gambar yang dirakam di hentian tersebut menunjukkan lebih kurang 20 orang sahaja yang singgah untuk menjamu selera di situ, hari ini.

Sementara itu, Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS yang berkongsi gambar tersebut mendakwa pengusaha bas ekspress dan pengguna lebuhraya telah bertindak memboikot R&R Gambang walaupun kes itu masih dalam siasatan pihak polis.

Malah, hentian Gambang menghala ke Kuala Lumpur turut menerima tempiasnya sekali.

Berikut antara komen netizen berhubung perkara tersebut.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén