Portal berita terbaik anda

Utama

Roti canai paling sihat di dunia akan dijual di Malaysia

Setiap kali ke kedai mamak, tak sah rasanya kalau tak pekena roti canai.

Boleh dikatakan roti canai dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan, meskipun ramai yang tahu bahawa roti canai tinggi kandungan karbohidrat yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya.

Tapi selepas ini anda tidak perlu risau lagi, dimana syarikat Hollista Colltech Ltd dengan kerjasama Kawan Food Berhad memperkenalkan ‘Roti Canai Paling Sihat di Dunia’ yang rendah indeks glisemik dan kandungan lemak.

Ketua Pegawai Eksekutif Holista Colltech, Datuk Dr Rajen M berkata, tujuan mereka memasarkan roti canai sihat itu adalah untuk membantu menangani masalah penyakit obesiti yang semakin meningkat di negara ini.

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan roti canai paling sihat itu adalah kacang bendi, kacang dhal, barli dan halba.

Paling penting, roti canai ini tidak mengandungi bahan kimia, namun ianya masih mengekalkan rasa asli roti canai. Dijual dalam bentuk sejuk beku, roti canai tersebut akan dipasarkan pada April depan.

Untuk pengetahuan anda, Hollista Coltech Ltd adalah syarikat penyelidikan bioteknologi yang menghasilkan bahan-bahan semula jadi kelas pertama dan produk kesihatan yang berpangkalan di Perth, Australia.

Kawan Food Berhad pula adalah pembekal makanan sejuk beku utama yang menghasilkan produk seperti roti, paratha, capati, pemanis mulut, pastri dan sayur.

Loading...

Leave a Reply