Rotan pelajar malas solat, guru berdepan hukuman penjara

19
74836

MARANG: Seorang guru Sejarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan memukul pelajarnya dengan merotan dan menyepak remaja lelaki berusia 14 tahun.

Tertuduh, Ahmad Fakhrurazi Suhaimi, 33, mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa dengan merotan dada dan menyepak pinggang remaja terbabit di bilik bacaan Asrama Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, Marang, jam 10 malam pada 11 September lalu.

Tertuduh turut didakwa mengulangi kesalahan sama dengan merotan bahu dan menyepak pinggang mangsa di sekolah sama, jam 10.05 malam pada 11 September lalu.

Dia didakwa merotan dan menyepak punggung serta merotan kepala dan menyepak peha mangsa iaitu pada jam 9.30 malam dan 9.35 malam di sekolah dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Othman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, tertuduh yang juga ketua warden di sekolah berkenaan bertindak sedemikian selepas pelajar terbabit dikatakan tidak menunaikan solat dan mengulangkaji pelajaran.

Terdahulu, hampir 50 orang termasuk ahli keluarga dan rakan tertuduh memenuhi perkarangan mahkamah memberi sokongan terhadap tertuduh.

19 COMMENTS

    • Korang mesti bangang tak baca kan ? Isu dia bukan dia merotan punggung ke apa. Dia sepak budak tu la byk kali la.

      Membaca amalan mulia weh. Jgn malas.

      Yg admin pun cilaka, saja nak buat tajuk artikel camtu utk laga-lagakan orang

    • Rotan tu yes.. dh korg siap pakai sunah nabi bagai.. merotan adalah jalan terakhir setelah dinasihati dgn baik2. tp yang x sesuai ialah menyepak tuh x perlu kot.. buat apa nk guna tangan kaki utk menghukum pelajar wlupn atas tujuan, alasan, niat dsb utk kebaikan pelajar berkenaan. sbg guru harus tahu yg mana lebih baik, yang mana patut yang mana tidak. Dan plg penting tuh merotan tu kt mana?? Dlm sunah nabi tuh merotan kat mana?? Kat dada? Kat kepala? Kat mana??? So klu x pasti dgn sunah nabi jgn dok kaitkan. Klu merotan tuh pn boleh memudaratkan keselematan dan kesihatan pelajar adalah tidak sepatutnya dilakukn oleh guru berkenaan.

      Saya sbg guru juga ya.. sy fhm keadaan ini dgn baik. Sy fhm tujuan, niat, alasan guru ini. Dan tidak bermaksud sy juga x menyebelahi pelajar yang degil tahap gaban ni.. cumanya apabila sdg marah tgh sakit hati dgn tindakan pelajar, pls jgn ambil tindakan apa2. Balik rumah dulu. Cool down.. melainkan kita ne cukup iman di dada utk mengawal nafsu amarah. Ingat ye setiap keputusan diambil ketika berhawa nafsu marah kebanyakan x berakhir dgn kebaikan.

      Sebagai seorg guru yg profesional harus memahami etika dan adabnya.. sebagai ibubapa kpd pelajar nakal juga harus mempunyai pertimbangan rasional. Ibubapa klu gagal mendidik anak di rumah, tolong jgn mempersoal tindakan disiplin di sekolah. Saling berkerjasama supaya anak menjadi lebih baik..

      Memilih perkerjaan guru bkn senang. Pertimbangan akal harus bkn yg biasa2. Guru disiplin or warden asrama bknlah tiket utk menghukum pelajar mengikut citarasa. Tapi haruslah berwibawa dan hukuman meninggalkan kesan mendalam dlm jiwa pelajar. Hantar surat pd ibubapa utk dtg ke sekolah. Klu ibubapa yg berdegil maka setelah hukuman dijalankan mereka x boleh membuat tuntutan dsb (of coz ada surat dihantar ke ibubapa lagi). Sekiranya ibubapa hadir, maka jalankan lah hukuman (spt yg dibincangan bersama pengurusan sekolah, bkn keputusan seorg guru ya) tersebut didepan ibubapa. Sekiranya ibubapa enggan hadir (ibubapa bermasalah) sila jalankan hukuman didepan orang lain cthnya badan pengurusan sekolah or perhimpunan ikut mana yg lebih sesuai dgn mengambil kira emosi masa depan pelajar (u see, profesional seorg guru bkn shj ketika melaksanakan hukuman tp juga mengambil kira kepentingan masa depan pelajar tersebut). Mmg akan memalukan pelajar tersebut tp pelajar akan ingat smpi bila2.

      Wallahualam. Ini hanyalah pandangan seorg guru biasa2.. yg luar biasa tuh anda la semua sbp semua merasa berhak utk memberi judgement.
      Apapun kita tunggu cerita sebenar, dan biarkan mahkamah memutuskan. X perlu kita memaki hamun guru or keluarga pelajar berkenaan.

  1. Rotan sokong, kalau sepak, layak cikgu kene penyepak.. itupun rotan hanya kat kaki.. ko p rotan kat dada dgn kepala sapa suruh.. lepas tu ko sepak… Kalau mati budak tuh, 302 tak pasal2..

  2. Rasanya mak ayah budak tu tk kisah pun ank dia solat atau tdk… Dh besar panjang.. Jd buluh tk mau solat lg… Bila dh cikgu ambil tindakan mulalah nk saman… Cikgu nk suruh ank kita jd baik.. Tk tinggal solat… Patutnya mak ayah bersyukur ada yg tengok ank kita d asrama tu solat ke tdk…

    • Apa KENA mengena mak dgan bapak budak NI..

      (Topiknya) cikgu merotan murid sekolah nya.
      Sampai mencederakan JADI sudah Menjadi satu kesalahan..

      Cikgu ni Harus dihentak dgan besi kat KEPALA dia ataupun cucuk besi panas lobang duburnya..

      • Cikgu ni berzina ke sampai nk kena sula?salahnya adalah memberi hukuman yg salah dan semestinya niat bukan mendera tetapi mendidik(utk solat pulak tu).agak2 la kot klu duk hostel,mmg la kena solat bjemaah,g prep..ko ponteng semua tu;klu aku jd warden aku pun hangin

  3. Biar mahkamah yg tentukan. Klu Betol Cikgu rotan didada n sepak budak tu, memg Kira salah la. Rotan kt tangan n sebat tu biasa. Tp smpi rotan kt dada n sepak da kenapa. Kt xtau pucuk pangkal Cerita. Biar je mahkamah tntukan….

  4. Jadi guru bukan semudah yang disangka. Ia perlu kepada kesabaran yang tinggi, bijaksana dan ilmu saikologi yang mantap untuk didik anak-anak murid kita atau sesiapa saje. Kita nak didik orang bukan nak paksa orang. Kalau tak sabar baik jangan jadi guru. Nak jadi manusia perlu sabar apatah lagi untuk jadi guru.

  5. Kalu da niat mmg nak dakwa tu mesti la nk bg point kaw kaw punya, bru blh menang…kena rotan kt bontot pn ckap rotan kt dada, kepala..sepak slow2 pn ckp kena sepak smpai nak trberak,..hahah..cikgu ni pun satu..keluarkn laporan je yg pelajr yg tk reti nk diajar..biar dia dikeluarkn dr asrama..tenang skit kepala nk kawal budak2..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here