Portal berita terbaik anda

Politik

Rosmah menghadap SPRM lagi esok

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diminta menghadap SPRM untuk disoal siasat.

Sepucuk surat meminta Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya disampaikan kepadanya oleh pegawai suruhanjaya pencegahan rasuah itu petang tadi, lapor The Star Online.

Memetik sumber, laporan itu berkata Rosmah perlu datang pada jam 10 pagi esok.

Beliau sebelum ini dipanggil SPRM untuk diambil keterangan pada 5 Jun lalu berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu telah menyiapkan siasatan terhadap Rosmah dan telah menyerahkan kerta siasatan ke Pejabat Peguam Negara.

Pada 18 September lalu, New Straits Times melaporkan Rosmah mungkin menghadapi 20 pertuduhan jenayah tidak lama lagi.

Ini termasuklah tuduhan membeli “produk antipenuaan berasaskan hormon dari Amerika Syarikat bernilai kira-kira RM1 juta” dengan menggunakan danan dari SRC International Sdn Bhd.

Loading...

Leave a Reply