Portal berita terbaik anda

Utama

Rosmah dipanggil untuk disoal SPRM kali ke-3 esok

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor dijangka hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Notis telah dihantar kepada beliau pada hari Selasa dan beliau dijangka tiba di SPRM pada pukul 10 pagi esok.

Ia merupakan kali ketiga beliau ke pejabat tersebut dan mungkin kali terakhir dipanggil sebelum didakwa atas kesalahan berkaitan pengubahan wang haram, menurut laporan The New Straits Times (NST).

Kali pertama pada 5 Jun lalu dan kedua pada 26 September lepas.

Media itu difahamkan siasatan terhadap Rosmah esok lebih lama sebelum isteri bekas Perdana Menteri itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

NST yang memetik sumber sebagai berkata, kemungkinan besar Rosmah akan dibawa ke mahkamah pada hari Khamis. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply