Portal berita terbaik anda

Utama

RON97 turun dua sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR — Harga runcit RON97 turun sebanyak dua sen kepada RM2.54 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan pengekalan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel itu bagi tempoh 3 hingga 19 Ogos itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan Automatic Pricing Mechanism (APM). Harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing sebanyak RM2.24 seliter dan RM2.33 seliter.

Menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh seminggu tersebut adalah sebanyak RM85.78 juta. — Bernama

Loading...

Leave a Reply