‘Roadtax, bil air tak setel lagi, dok rindu jubo mudo’ – Isteri kedua kecam suami sendiri

Ingat lagi tak kisah kanak-kanak berusia 11 tahun yang berkahwin dengan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan?

Khabarnya, kanak-kanak itu telah dibawa oleh ibu bapanya ke Thailand dan sejak itu dia ‘terpisah’ dengan suaminya yang masih berada di negara ini.

Namun, beberapa hari lepas, suami kepada kanak-kanak bernama Ayu itu meluahkan rasa rindu kerana sudah beberapa bulan tidak berjumpa dengan isteri ketiganya itu.

Abe rindu-serindunya!

“Lebih tiga bulan saya tidak menatap wajah dan mendengar suaranya, perasaan rindu kepada isteri saya itu yang kini berada di Thailand, sentiasa ada.

“Kalau diikutkan tempoh jagaan selama tiga bulan telah sudah berakhir tetapi saya masih belum menerima khabar berita mengenai isteri saya itu dan juga kedua ibu bapanya,” ujar lelaki tersebut.

Isteri kedua mengamuk di Facebook

Rupa-rupanya isteri kedua lelaki itu, Effa Zulkifle telah meninggalkan satu komen pada perkongsian artikel Berita Harian sehingga menarik perhatian netizen.

Menurut Effa, suaminya lepas tangan dan tidak mengambil tahu hal rumah tangga sehinggakan bil air dan eletrik tertunggak. Malah cukai jalan kereta juga dikatakan tidak disambung.

Akak ni bini tua ke?

Bini ada dua, menggatal dengan budak-budak

Di ruangan komen portal Berita Harian, netizen mula mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut.

Pendedahan daripada isteri kedua jelas menunjukkan bahawa lelaki itu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik kerana mengabaikan hal rumah tangga, inikan pula untuk mempamerkan rasa rindu kepada isteri muda yang baru berusia 11 tahun.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *