Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Ekonomi

Rizab antarabangsa BNM ‘hilang’ lagi RM832 juta

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) turun 0.19 peratus kepada AS$102.8 bilion (RM426.1 bilion) pada 15 Oktober berbanding AS$103 bilion pada 28 September lalu selepas mengambil kira perubahan dalam penilaian.

Ini bermakna dalam tempoh kurang sebulan BNM ‘hilang’ rizab antarabangsanya sebanyak AS$200 juta (RM832 juta).

BNM dalam satu kenyataan berkata, kedudukan rizab terkini itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$97 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

BNM berkata aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR berjumlah RM426.07 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM7.54 bilion).

Liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab tunai (RM133.85 bilion), mata wang dalam edaran (RM103 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM167.90 bilion), deposit dengan kerajaan Persekutuan (RM10.28 bilion) deposit lain (RM685.88 bilion), kertas BNM (RM21.81 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion), dan liabiliti lain (RM2.79 bilion).

Leave a Reply

Theme by Anders Norén