‘Warga emas nak jalan pun tak larat, nak vaksin pi mana? Paris?’ – Rita Rudaini

Tindakan pelakon jelita, Rita Rudaini yang didakwa memberikan pendapat mengenai vaksinasi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di InstaStory miliknya mengundang perhatian netizen di laman Twitter.

Menerusi dua InstaStory tersebut, pelakon berusia 45 tahun itu mendakwa sesebuah keluarga akan melalui jurang perbezaan dan boleh menjadi ‘berpuak-puak’ kerana terdapat golongan vaksin dan anti-vaksin.

“Yang tak nak vaksin tak semestinya dia anti-vaksin. Hak masing-masing kan, hebat permainan dunia memecah-belahkan manusia dengan benda ni je,” tulis Rita.

Malah, pelakon filem Kerana Korona itu turut mempersoalkan mengenai golongan warga emas yang perlu dipaksa oleh orang sekeliling mereka untuk menerima suntikan vaksin.

Menurut Rita, golongan berkenaan terutama yang menggunakan kerusi roda sudah tidak berdaya untuk kemana-mana. Jadi mengapa perlu ‘diangkut’ ke pusat vaksinasi, adakah ‘larat’ untuk melancong ke luar negara selepas divaksin?

“Mereka dah tua nak jalan pun tak boleh, jadi nak vaksin pergi mana? Paris? Milan? Daftar mak bapak yang dah uzur. Otak mana?

“Korang nak cucuk, cucuklah. Tak payah nak risikokan mak pak. Kalau boleh pergi melancong pun, korang bawak ke mereka?,” soal Rita.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @HermyRahim memuat naik semula tangkap layar InstaStory tersebut yang membidas kenyataan ‘tidak masuk akal’ ibu kepada dua cahaya mata berkenaan.

“Nanti bila ada artis lain perli dia meroyan lima hari lima malam kata tak anti-vaksin lah apa lah. Followers ramai-ramai pun gila.

“Dia ni ingat kita atau orang tua kita pergi vaksin sebab nak suruh travel ke apa? Bodoh gila. Membaca malas lepas tu sebar bukan bukan. Gila!,” kata @HermyRahim.

Warganet lain turut mengecam pendapat Rita dengan meninggalkan kata-kata kesat dan tidak memahami apa yang ‘bermain’ dalam fikiran pelakon tersebut.

Menerusi laporan media sebelum ini, Rita meluahkan rasa bengang apabila pengacara Fara Hanim Razak mendakwanya seorang anti vaksin dan menganggap Covid-19 adalah iluminati.

Semua bermula apabila pengacara terbabit memuat naik ciapan di Twitter dengan menulis ‘Cuba teka jiran-jiran saya yang anti vaksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid dan serta Covid adalah iluminati’.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *