Portal berita terbaik anda

Utama

Rindu serindu-rindunya…

KOTA BHARU: “Lebih tiga bulan saya tidak menatap wajah dan mendengar suaranya, perasaan rindu kepada isteri saya itu yang kini berada di Thailand, sentiasa ada,” kata peraih getah yang menimbulkan kontroversi apabila berkahwin dengan budak berusia 11 tahun.

Peraih getah berusia 41 tahun itu berkata, perasaan rindu terhadap isteri ketiganya itu yang juga warga Thailand amat mendalam sejak kebelakangan ini.

“Memang tidak dinafikan, ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran saya terutama sejak akhir-akhir ini tapi apakan daya saya, dia kini berada di bawah jagaan Kementerian Sosial Thailand.

“Kalau diikutkan tempoh jagaan selama tiga bulan telah sudah berakhir tetapi saya masih belum menerima khabar berita mengenai isteri saya itu dan juga kedua ibu bapanya.

“Saya tidak tahu sama ada jagaan terhadapnya di lanjutkan atau dia sekarang menyambung pembelajarannya di sekolah di negara asalnya itu. Biar apa pun terjadi, saya hanya mampu berdoa agar dia selamat di sana,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Peraih getah itu berkata selain mendoakan keselamatan isteri ketiganya itu, dia juga berdoa supaya kesihatan isterinya sentiasa berkekalan.

ayu kahwin umur 11 tahun

“Setiap hari saya menadah tangan kepada Allah SWT supaya jodoh kami berkekalan dan apa saja ketentuanNya saya terima.

“Bukan itu saja, jika Kerajaan Thailand ingin `membebaskan’ isteri saya dan membenarkan dia `bersatu’ dengan saya setelah umurnya cukup 16 tahun, saya terima dan sanggup menunggu selama lima tahun lagi,” kata bapa kepada enam anak itu.

Ditanya tentang hubungan beliau dengan ibu mentuanya, peraih getah itu berkata hubungan mereka berjalan lancar seperti biasa dan kali terakhir mereka berbual melalui telefon dua bulan lalu.

Isu perkahwinan peraih getah bersama pasangan yang 30 tahun lebih muda darinya menimbulkan kontroversi apabila isteri kedua lelaki itu memuatnaik gambar perkahwinan mereka di Facebook miliknya pada Jun lalu.

Pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor dekat Mundok, Thailand pada 18 Jun lalu.

Loading...

Leave a Reply