Portal berita terbaik anda

Utama

Rider Foodpanda maut rempuh belakang lori tunda

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikalnya merempuh belakang sebuah lori tunda kenderaan di Jalan Tuanku Abdul Halim (selepas susur keluar dari Jalan Kuching) hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, mangsa dikenali Ahmad Zaidi Ahmad Zamri, 24, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berlaku apabila lori tunda yang bergerak di lorong kiri telah memperlahankan kenderaan untuk mengambil sebuah kereta yang rosak di lorong tersebut.


“Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dari arah yang sama dipercayai gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa dan motosikalnya tercampak ke jalan raya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. .

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply