Portal berita terbaik anda

Utama

Ribut Pabuk: Warung di Gong Badak rosak diterbang angin

KUALA NERUS – Seramai 15 pelanggan yang enak menikmati makan tengah hari tergamam apabila struktur warung tiba-tiba diterbangkan angin kencang di Kawasan Perindustrian Gong Badak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, hampir keseluruhan struktur warung nasi campur diusahakan Embak Yusof, 74, itu diterbangkan angin tempias ribut tropika Pabuk sejauh kira-kira 10 meter.

Embak berkata, sewaktu kejadian, angin kencang tiba-tiba bertiup kuat selama hampir 10 minit di kawasan sekitar sebelum menerbangkan struktur warungnya.

“Waktu itu saya yang dibantu dengan empat pekerja sedang melayani kira-kira 15 pelanggan. Kejadian berlaku dengan pantas membuat kami semua terpinga-pinga, mujur tiada siapa yang cedera.

“Ini merupakan pertama dipukul ribut sejak hampir 30 tahun saya berniaga warung makanan di sini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Embak berkata, kerosakan hampir 90 peratus warungnya menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian lebih kurang RM15,000.

“Saya juga baru naik taraf warung dengan membina struktur tiang dan bumbung baharu dengan kos RM7,000 pada tiga bulan lalu,” katanya. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply