Ribut Pabuk ragut nyawa pertama di Thailand

BANGKOK: Ribut tropika pertama di Thailand, sejak tiga dekad, mengorbankan seorang mangsa, semalam, ketika sampai ke darat di pesisir selatan negara itu, namun pihak berkuasa memberi amaran risiko banjir kilat walaupun kelajuan angin ribut terbabit kian lemah.

Ribut Pabuk tiba ke darat di daerah Pak Phanang, wilayah Nakhon Si Thammarat bersama angin kuat yang menyebabkan ombak tinggi di Teluk Thailand, banyak pokok tumbang ke rumah dan kerosakan meluas dilaporkan.

Pegawai mitigasi bencana berkata, seorang mangsa terbunuh adalah kru sebuah bot nelayan yang karam, ketika angin kuat berhampiran pesisir pantai di wilayah berhampiran Pattani. Seorang kru lagi hilang, namun empat yang lain terselamat.

Pegawai cuaca memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kuat di 15 wilayah di selatan Thailand, ia menempatkan ladang getah terbesar di dunia dan beberapa pulau yang menjadi tumpuan pelancong.

Menjelang tengah hari semalam, ribut itu kian perlahan dan menuju ke wilayah Surat Thani, menurut kenaytaan Jabatan Meteorologi Thailand.

“Ia dijangka diturunkan taraf kepada tekanan tropika. Orang ramai patut berjaga-jaga dengan aliran air dari hutan dan banjir kilat,” katanya. – Reuters

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *