Gelagat remaja rakam ombak besar di Pulau Perhentian dikecam netizen

337

BESUT – Walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran orang ramai mendekati kawasan tepi pantai berikutan ribut tropika Pabuk yang maih belum reda sepenuhnya, masih ada yang degil dan tidak mahu mengendahkan larangan yang dikeluarkan.

Semalam, sekumpulan remaja telah merakam video di salah sebuah jeti di Pulau Perhentian, di sini yang memaparkan keadaan ombak bergelora berserta angin kencang menghempas jeti berkenaan.

Ia turut diserta dengan gelak tawa remaja terbabit seolah-olah mereka sedang menyaksikan satu pesta yang menyeronokkan walaupun pada hakikatnya situasi ketika itu sangat berbahaya.

Video tersebut kemudiannya dimuatnaik ke media sosial sehingga tular sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kawasan utara di negeri ini terutamanya di Pulau Langkawi dijangka menerima tempias daripada ribut tropika Pabuk, mulai esok.

Berdasarkan ramalan MetMalaysia, ribut itu dijangka melanda pulau itu bermula jam 2 petang.

Sehubungan itu, semua penduduk dan pelancong di Langkawi dinasihat menjauhi kawasan pantai bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here